Sunday, January 25, 2015

PROSES PENGHASILAN PEMBUNGKUSAN
1. Membuat kajian melalui pemerhatian contoh bentuk pembungkusan yang sedia ada di     pasaran, jenis bahan yang digunakan, dan anggaran kos2. Menentukan jenis dan bentuk pembungkusan3. Menyediakan beberapa lakaran pelan pembungkusan termasuk gubahan grafik, ilustrasi,      jenama, logo, nama syarikat dan butir-butir penerangan lain mengikut skala yang tertentu4. Memilih pelan yang paling sesuai5. Membuat pembungkusan berdasarkan pelan reka letak yang telah dipilih mengikut     ukuran yang sesuai dengan barangan , menggunakan bahan dan teknik yang ditentukan     terlebih dahulu6. Jika pembungkusan atau barangan itu memerlukan papan atau rak istimewa untuk     pameran pelbagai jenis keluaran daripada jenama yang sama, pereka juga perlu     merekakan papan pameran tersebut